Resipi hari ini ialah cara-cara membuat kek batik...Diminta oleh alya natasya...Resipi yang paling senang!
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 2 bungkus biskut marie (patah 2) * kalau boleh, cari biskut marie yang warnanya agak putih & lembut supaya corak batik akan timbul dan kek tidak menjadi terlalu mampat (keras).
- setengah buku butter
- 2 cawan milo
- 1/2 cawan serbuk koko (agak2la > kalau banyak, rasa akan menjadi pahit)
- 1 cawan air
- 1 sudu kecil esen vanila
- 4 sudu besar gula
- 1/2 tin susu pekat
cara-cara
- Masukkan butter ke dalam periuk sehingga cair.
- Campurkan serbuk koko, milo, air, esen vanila, gula dan susu pekat ke dalam periuk.Kacau sehingga sekata dan panaskan di atas api sederhana.
- Cuba rasa untuk adunan tersebut. Sekiranya kurang manis, tambahkan gula. Jika pahit, tambahkan milo dan kurangkan serbuk koko. up to you... atas citarasa sendiri
- Masukkan kepingan biskut yang dipatahkan ke dalam kuali.
- Api ditutup. Gaul sehingga rata.
- Pindahkan campuran bahan-bahan tersebut ke dalam bekas (tuperware) yang dialas dengan plastik agar tidak kek tersebut tidak melekat.
- Mampatkan di dalam bekas (tuperware) dan sejukkan.
- DONE!
# resipi ini belum dikaji semula...kuantiti bahan tidak tepat. Jadi, korang kenalah cuba dulu baru letakkan biskut ye :)
# tutorial ini akan dikemaskini lagi sekiranya alya tak berjaya membuatnya...ehehehe
4 comments:
wahhh... thank u so much haliah for the recipe...
tapi x leyh nak buat lagi ni...
bedebar po gapo loni...
keno tunggu lepas result dulu...
lapar sero tengok kek batik tue ^_^
hehe..xpe2...nati try la buat...mak sy bru buat mggu lps..sedakkk!! nk lg sero :)
alamak..sedap ni..mmg rugi sape tak pandai buat..dah la sng nk buat sedap plk tu kan..
Post a Comment