Saturday, 17 March 2012

+ Tutorial : membuat kek batik +

Assalamualaikum. Jom kita main masak-masak.

Resipi hari ini ialah cara-cara membuat kek batik...Diminta oleh alya natasya...Resipi yang paling senang!



Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 2 bungkus biskut marie (patah 2) * kalau boleh, cari biskut marie yang warnanya agak putih & lembut supaya corak batik akan timbul dan kek tidak menjadi terlalu mampat (keras).
  • setengah buku butter
  • 2 cawan milo
  • 1/2 cawan serbuk koko (agak2la > kalau banyak, rasa akan menjadi pahit)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 4 sudu besar gula
  • 1/2 tin susu pekat
cara-cara

  1. Masukkan butter ke dalam periuk sehingga cair.
  2. Campurkan serbuk koko, milo, air, esen vanila, gula dan susu pekat ke dalam periuk.Kacau sehingga sekata dan panaskan di atas api sederhana.
  3. Cuba rasa untuk adunan tersebut. Sekiranya kurang manis, tambahkan gula. Jika pahit, tambahkan milo dan kurangkan serbuk koko. up to you... atas citarasa sendiri 
  4. Masukkan kepingan biskut yang dipatahkan ke dalam kuali.
  5. Api ditutup. Gaul sehingga rata.
  6. Pindahkan campuran bahan-bahan tersebut ke dalam bekas (tuperware) yang dialas dengan plastik agar tidak kek tersebut tidak melekat. 
  7. Mampatkan di dalam bekas (tuperware) dan sejukkan.
  8. DONE!
#  resipi ini belum dikaji semula...kuantiti bahan tidak tepat. Jadi, korang kenalah cuba dulu baru letakkan biskut ye :) 
# tutorial ini akan dikemaskini lagi sekiranya alya tak berjaya membuatnya...ehehehe 


4 comments:

aleeya natasha said...

wahhh... thank u so much haliah for the recipe...
tapi x leyh nak buat lagi ni...
bedebar po gapo loni...
keno tunggu lepas result dulu...

aleeya natasha said...

lapar sero tengok kek batik tue ^_^

hanah said...

hehe..xpe2...nati try la buat...mak sy bru buat mggu lps..sedakkk!! nk lg sero :)

fieda said...

alamak..sedap ni..mmg rugi sape tak pandai buat..dah la sng nk buat sedap plk tu kan..