Wednesday, 15 February 2012

.: kuih cara :.

Assalamualaikum,

Dah pukul 3 dah pun tapi masih berkeseorangan. Siapalah yang boleh jadi peneman setia Hanah. Hidup dalam kesunyian. Pagi bukan main lagi aktif, masakla, tengok tv, baca blog la. petang pula ? Mata dah kuyu dik oii. Kiranya bila semua orang balik, hanah tidur. Bila malam ni orang lain tidur , Hanah aktif kembali. Haha. bukan ke sunyi.Jimat la air sikit kan ? tak perlu minum air sebab tak cakap banyak *info salahh.

Baru je siap buat kuih cara. OKelah walaupun dapur tu dah lintang pukang. Jom share resipi :

kuih cara manis ,

bahan2:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan



1)   Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.


2) Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).


3)  Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.


4)   Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.selamat mencuba :)


Actually tak minat pun kuih ni. Kakak pernah buat so nak try buatla. Kalau yang berinti lagi best! Bolehla minta bantuan en.Google ye . 





8 comments:

Teenager Housemaid said...

ouh, kuih ni nama dia kuih cara eh?
\baru tau..huhu

Yana Libra said...

saya pun baru tau nama dia..hehe~~

.........cP~ said...

Saya sangat2 suka kuih ni..Bila pagi2 rasa hypo sebelum pergi kelas kuih ni akan jadi pilihan pertama. Lagipun kuih ni beli satu dapat dua.. hehe

hanah said...

yup, ni la namanya kuih cara. :)
hehe

hanah said...

nk tau je ke ? jomla buat skali.

hanah said...

woa, peberet la ? bgusnya minat kuih trdisionl mlayu ni. bdk2 skrg mintnya pelik2. megi, ayam kfc la *mmbebel pulak dah:) huhu

fieda said...

kue ni mmg kak fieda suka..satu lagi yg berlauk tu..mmg sodap..

hanah said...

ha'a la kak, sedap yg b'lauk tu. hehe