Monday 6 February 2012

.: puding telur :.

Assalamualaikum :)

Pagi tadi Hanah dengan gembiranya membuat puding telur. Biasalah, itu makanan kegemaran abang Hanah. Malam ni dia dah nak balik ke KL dah. sO, sesiapa yang rasa nak buat puding ni melalui air tangan sendiri, bolehla ikut resipi Hanah ni ye, kalau dah jadi....jangan lupa credit to Hanah ok?

Bahan-bahannya ialah :
Telur (saiz besar) 7 biji
> Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml)
> Gula Pasir 3 sudu besar
>Tepung Kastard 2 sudu besar
>Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
>Loyang bersaiz diameter 15~20cm
Kalau nak letak esen vanila @ esen pandan pun boleh , lagi best!

Cara membuatnya :


1) Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula  
mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu  
merata menutupi permukaan dasar loyang.
2) Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. 
3) Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar  
menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit!
4) Masukkan telur, air, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
5) Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (saya guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
6) Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.
7) Biarkan selama 10 minit bagi mengelakkan puding menjadi hancur apabila ditelangkup.
8) Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
9) Lebih enak sekiranya diletakkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu.


                                terjumpa gambar ni. cantik gila. Hanah punya macam ni la kot ! :)


Mudah je kan ? Kelmarin dah buat . 5 JAM lepas tu tengok tinggal pinggan je. Untuk adik, abah and umi yang baru balik dari sekolah. mesti lapaq kan ? sambil-sambil tu Hanah kasi air sirap sama keropok goreng! :)

3 comments:

Alya Natasha said...

wow... bez nye...
haliah, nanti wat tutorial kek batik plak eh... lupa ltak kat mne resepi awk bg ari tu... :)

hanah said...

ehehe...oke2, mmg nk buat pn tutorial tu..tp malas ..nnt sy rjin sy buat k..:)

Alya Natasha said...

okey...