Sunday 4 November 2012

Resipi sup anak lembu (Britillo)

Assalamualaikum,

Hari ni nak share resipi sup anak lembu tapi kat Mesir ni lembu agak mahal so Hanah just guna daging unta alang-alang dapat daging korban semalam. Awal-awal datang sini memang senang je nak cari bahan-bahan ni tapi bila dah lama, stock makanan Malaysia pun dah kosong terutamanya serai, pandan, sos cili,sup bunjut, dll. Kat sini diorang tak makan pedas that's why ayamKFC ( KFC دجاجه) dicicah sos tomato.

Bahan-bahan
1 kg bawang merah (ditumbuk @ dikisar)
6 ulas bawang putih (ditumbuk @ dikisar)
1 sudu kecil lada hitam (dikisar halus)
1 sudu kecil lada putih (dikisar halus)
2 paket sup bunjut
daun sup
2 biji bawang bawang goreng
garam dan gula secukup rasa

(bahan berikutnya di goreng dengan 4 ulas bawang putih yang ditumbuk )
3 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
3 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih

cara membuat
1 ) Masukkan betlo , bawang merah , bawang putih (yang dikisar) ke dalam periuk.Panaskan sehingga menggelegak.
2) Kemudian, masukkan sup bunjut,lada hitam, dan lada putih (yang telah dikisar halus)
3) Bila daging dah empuk, masukkan garam dan gula secukup rasa.Kemudian tutup api dan masukkan bunga lawang, buah pelaga,kayu manis,bunga cengkih (yang digoreng bersama bawang putih ) bersama minyak gorengan sekali.
4) Gaulkan dengan rapi,kemudian sedia untuk dihidangkan bersama daun sup dan bawang goreng.

done!


4 comments:

AtieYusof said...

Nyum..nyum...nampak sedap je dik sup ni...nak try lah :)

Alya Natasha said...

wow cik hanah... pandainya masok... good! :)

FairuzFauzey said...

nnti balik malaysia bleh la g jln umh cik hanah n try msakan cik hanah ^^

hanah said...

haha. budak baru belajar je kot...sini mahu tak mahu memang kena masak. satu tnggngjwb. :)